Friday, November 26, 2010

Palestin Tak Pernah Gentar


Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.

Harga RM20.00

call/sms/Pm jika berminat.TQ

atau beli disini:    http://www.stormreaders.net/Ilmu_Bookstore







Tajuk : Keluarkan Singa Daripada Diri Anda
Pengarang : Haji Muhammad Zakaria
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3494-47-7

Anda sebenarnya mempunyai potensi yang cukup kuat untuk berjaya mengatasi orang lain. Tetapi anda sendiri tidak mengetahuinya atau tidak pasti tentang kewujudannya. Bakat anda sentiasa terpendam. Tidak ada orang yang sudi membongkar keupayaan anda yang unggul itu.
Walhasil anda adalah seperti diri anda yang dulu. Tabiat manusia memang cukup susah untuk berubah.
Buku ini akan mengubah sikap anda yang terperonyok itu!
Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia “gergasi”. Yang lain memanggilnya “harimau”. Penulis menamakan tenaga itu sebagai “SINGA”. Buku ini cuba membantu anda untuk mengeluarkan SINGA tersebut daripada diri anda. Kemudian memandu SINGA yang sudah bebas itu untuk mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan.
Selepas membaca buku ini anda akan mengubah diri anda Memecut Tangga Kejayaan!!
 

HARGA: RM 20.00

call/sms/Pm jika berminat.TQ

atau beli disini:    http://www.stormreaders.net/Ilmu_Bookstore

kuantan-gerik

ihsan Google

fenomena di laluan gerik-banding-jeli


lama x menulis.sekarang berada di gerik.kampung isteri.balik cuti sekolah panjang.walau camana pun aku balik hantar wife je,esok ahad balik kuantan.banyak urusan yang perlu diselesaikan.rumah.exam.partime.mcm2.hujung tahun merancang untuk tinggal sendiri.rumah sewa.rumah sendiri belum siap.rumah dah dapat.alhamdulilah cuma perlu sedikit penambahbaikan dari tuan rumah.


kalau ikut perancangan,minggu depan mula hantar barang2.harap2 semua ok.tengah pikir2 sape yang akan dipanggil untuk mengangkat barang.dalam otak(sepupu).

kembali semula tentang gerik.balik semalam hujan lebat dari kuantan.genting sempah baru mula reda.alhamdulilah perjalanan seterusnya sampai gerik dah tiada hujan.sampai makan nasik.

nanti cerita lagi.

Monday, November 8, 2010

Armageddon 2012



Sinopsis

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.
Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010)

harga: RM31.50 Semenanjung Malaysia
            RM34.50 Sabah/Sarawak

untuk tempahan dan belian SMS atau PM.Tq

atau layari http://www.stormreaders.net/Ilmu_Bookstore

Furu' Al-Masail



RM 75.00 Semenanjung Malaysia
RM 80.00 Sabah/Sarawak
Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathaniyang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”
Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz

   

Untuk pertanyaan dan tempahan.SMS atau PM.Tq


atau

layari http://stormreaders.net/Ilmu_Bookstore

untuk mendapatkan naskah buku yang sangat bermanfaat ini dengan lebih mudah.

Harga adalah setara dengan mana-mana toko buku di semenanjung Malaysia.

Indahnya Hidup Bersyariat



Indahnya Hidup Bersyariat 

Harga setiap unit (piece): RM55.00 

Penulis : Dato’ Ismail Kamus 

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. 

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan yang mudah dan tersusun. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. 


Untuk pertanyaan dan tempahan.SMS atau PM.Tq

atau


layari http://stormreaders.net/Ilmu_Bookstore

untuk mendapatkan naskah buku yang sangat bermanfaat ini dengan lebih mudah.


Harga adalah setara dengan mana-mana toko buku di semenanjung Malaysia.

Monday, November 1, 2010

2 sejoli







Lokasi pergambaran di pantai Kg Kempadang Kuantan.Aktiviti hujung minggu kami adalah mengambil gambar pasangan yang bahagia.Semoga aura kebahagiaan meresap dalam tubuh kami juga hendaknya.