syukur ke hadrat Allah taala.30.3.2011 jam 4.57ptg isteri selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.155 kg secara normal yang kini telah bernama Wafa Irdina yang membawa maksud 'kesetiaan dan kehormatan kami'.2 hari 2 malam saya bermalam di hospital kerana ingin bersama-sama isteri tersayang menunggu kelahiran wafa irdina.
setiap malam berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala-galanya.mohon Allah melimpahkan rahmat dari sisiNya untk isteri trsayang.
dan Allah itu memang terlalu baik dengan saya walaupun saya bukan lah hamba yang baik padaNya.segalanya dipermudahkan Allah dan kini kami menerima kehadiran wafa irdina dengan penuh kesyukuran.
nikmat Allah yang mana kita mahu dustakan?