Tuesday, September 28, 2010

foto lama:Sumbangan Hari Raya

ckg mizi senyum bangga dapat bersalam

Pengerusi Kelab Staf menerima sumbangan

malu-malu cikgu ini....

Mantan CEO Koperasi menerima duit raya

duit...

duit lagi....

Pengerusi PIBG bagi duit-duit

lagi duit dihulur

DT (david teo)

duit raya banyak

ambil

ambil

CUKUP!!


penerima-perima dalam foto ini adalah wakil sahaja,bukanlah orang susah mereka ini.

Sunday, September 26, 2010

Open House di Indera Sempurna

anak sedara(aqil)

tuan rumah(adik ipar)

tuan rumah(adik)

anak buah+anak tuan rumah(aniq) hampir korek hidung

aniq

anak buah(ahmad)

anak buah(lokman)

tetamu

anak buah(lutfi)

mak&kak long

anak buah(yana&umairah)

aqil lagi

baby(tetamu)

naim(member aqil)+abg baby

aqil & umi nya(kakak aku)

anak-anak buah(dari kiri:alia,jaja &tipah)

Beberapa foto yang dirakam semasa majlis rumah terbuka yang diadakan oleh adik+adik ipar di Indera Sempurna.Majlis diadakan pada 25 September 2010.

Perginya seorang lelaki



Seorang lelaki yang berpandangan jauh
Seorang yang tidak pernah lekang mengukir senyuman ketika suka dan duka
Seorang yang sangat memahami jiwa dan perasaan orang lain
Seorang yang amat prihatin terhadap kebajikan orang lain
Seorang pencinta buku
Seorang peminat seni
Seorang sahabat yang telus
Seorang abang kepada adik
Seorang ketua kepada pekerja
Seorang ayah kepada anak didik
Seorang yang betah berbicara
Seorang yang tabah menahan tohmah
Seorang yang tidak lokek belanja sahabat
Seorang yang optimis terhadap peluang
Seorang yang sering berfikir
Seorang yang mampu bertahan 24 jam tanpa tidur
Seorang yang .....................................(boleh isi sendiri bagi yang kenal 'seorang' ini)


Perginya seorang lelaki yang baik.Setelah 2 tahun menabur khidmat dan budi,akhirnya pergi jua membawa visi dan wawasan tersendiri.

Wednesday, September 22, 2010

bahasa rojak Vs bahasa melayu:Siapa Menang?

Bahasa Rojak Vs Bahasa Melayu

Sebut rojak,rasa lapar tapi sebut bahasa rojak,rasa ajaib.Dah lama sangat isu berbangkit tapi tiada jalan selesai.Biar jela,kita guna aje..kalau tak mampu nak atasi,tak perlu canang sana-sini sebagai wira bahasa.jangan jadi wira rojak..

KUALA LUMPUR Kerajaan digesa memperluaskan arahan menghapuskan penggunaan 'bahasa rojak' di semua stesen penyiaran sama ada milik kerajaan atau swasta.(petikan akhbar)

"DBP perlu memainkan peranannya memantau penggunaan bahasa Melayu Rojak di media elektronik".Dato Suhaimi Ibrahim-Presiden GPMS

“Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu”-DBP.Takrif bahasa rojak (rasanya tidak perlu beri takrifan rojak semua dah tahu),rojak boleh di makan tapi tidak bahasa rojak.

                                                                salasilah bahasa rojak


Sejarah dan asal usul  bahasa rojak boleh goolge sendiri.zaman teknologi semua mudah.hanya di hujung jari.jangan tunggu lagi.

Menuturkan bahasa rojak satu kesalahan?dari segi apa?kalau salah apa hukumannya?semakin dibangkit semakin banyak menutur bahasa rojak,lebih banyak dari penggemar rojak.Semakin bercelaru.Tidak semua penutur bahasa rojak gemar rojak.Ini hakikat!pengamal bahasa rojak terdiri dari semua strata masyarakat.Baiknya bahasa rojak adalah tiada diskriminasi,semua boleh tuturkan.

Datuk Dr Hassan Ahmad (mantan Pengarah DBP) dalam kajiannya mengatakan punca utama
berlaku kecelaruan itu ialah kegagalan orang Melayu yang bukan saja tidak
mempunyai kecekapan linguistik (linguistic competence) tetapi juga
ketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam masyarakat (communicative
competence).


Kecelaruan ini banyak dilakukan oleh orang Melayu yang menguasai bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua. Mereka mungkin secara sedar atau tidak,
sering berfikir dalam atau melalui bahasa Inggeris, lantas mereka
melakukan kesalahan bahasa baik pada peringkat sistem atau struktur
bahasa mahupun pada peringkat leksikal dan bentuk kata.
Katanya, masalah kecelaruan lebih jelas apabila bahasa kedua (bahasa
Inggeris) digunakan sebagai alat pemikiran yang utama. Pada waktu yang
sama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai `bahasa terjemahan.' Bahasa
Melayu digunakan tidak lebih untuk `menterjemahkan fikiran' yang dibentuk
dalam bahasa Inggeris. Dalam keadaan itu peraturan sistem bahasa Inggeris
yang mewakili cara berfikir dan budaya pengucap asli bahasa itu cuba
digunakan atau ditiru dalam bahasa Melayu.(petikan akhbar)


Kepada pencinta bahasa,pembela bangsa dan budaya,pengamal undang-undang,Pengarah DBP,CEO Media Prima,dan kepada semua yang ada bercakap benar lah walupun pahit.Akuilah bahasa rojak sangat sedap ditutur dan manis didengar.Lebih hebat dari rojak mamak.

 
Inilah punca saya menulis isu bahasa rojak.Snap guna kamera hp di sebuah kedai perabot di kuantan malam tadi.Kebetulan sebelahnya adalah kedai mamak yang ada jual rojak.Saya pun tuliskan.

Contoh bahasa rojak  bahasa melayu+ bahasa inggeris

Kau memang terror (hebat) la!
Tempat makan ni best (bagus) sangat!

Contoh bahasa rojak  bahasa melayu+ bahasa cina

Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!
Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?

ruj:wikipedia

Pernah ungkapan-ungkapan ini keluar dari mulut orang-orang di atas atau seumpamanya?tidak kira dimana maka anda adalah pentutur bahasa rojak.

Kesimpulannya,terima lah bahasa rojak sebagai bahasa komunikasi tapi bukan sebagai bahasa rasmi. Bahasa harus berkembang dan dinamik mengikut arus semasa.  Dalam erti kata lain,  bahasa juga hidup seperti bidang lain yang memerlukan evolusi dan penyesuaian semasa’.dan yang utamanya,komunikasi perlu disampaikan dengan bahasa yang paling mudah difahami supaya tidak berlaku kegagalan komunikasi iaitu kesalahtaksiran maklumat yang disampai antara penyampai dan pendengar.

Cadang saya,patenkan bahasa rojak sebagai bahasa 1malaysia.Kerana dalam kajian sepantas kilat saya dapati bilangan pentutur bahasa rojak mengatasi pemakan rojak hampir 100x ganda! Selepas ini kita tidak lagi rasa malu dengan bahasa rojak dan pentutur tidak akan dimaki hamun kerana jenama 1malaysia ini memerlukan belanja yang bukan sedikit untuk dihebahkan.Apa kata cerdik pandai???


Abdullah Jones yang saya kenal

Gambar sekadar hiasan


Sejak aku kenal dengan(abang) Abdullah Jones(selepas ini disebut AJ),blog beliau http://abdullahjones.blogspot.com/  merupakan blog wajib yang aku akan klik bila saje aku online.Tertarik dengan pemikiran dan gaya penulisan AJ yang padat berisi dan ada gaya sastera tersendiri.Seronok dibaca,di renungkan isi yang padat dan sinis.Memang AJ unik sungguh,gaya penulisan pun bersahaja tapi menarik.Suka menyentuh isu semasa dan sensitif dengan lembut gaya sastera.

Sebenarnya,bila online aku memang jadi kaku tak tahu nak surf apa kat internet selain FB,so bila tahu tentang AJblogspot  aku jadi ralik membaca tulisan dan artikel serta hasil seni beliau(dulu aku ralik tengok foto2 luarbiasa dari Dr Ali http://www.2121studio.com/ ).Pernah beberapa kali bersua muka dan minum bersama AJ(satu peluang yang sukar diperolehi oleh orang lain yang tidak kenal beliau).Pernah juga bersama-sama menyertai fotocamp di Air Terjun Pelangi Sg Lembing,memang seoarang yang soft spoken.Bagi yang hanya mengenali beliau melalui blog atau alam siber pasti menggangap AJ seorang yang lasak tapi tidak sebenarnya.Beliau seorang penyayang....."......namun dalam kezaliman,saya masih ada kasih sayang"(petikan dari artikel beliau).

Pernah beberapa kali juga bersua muka dengan beliau di markasnya(RajawaliArtStudio),lebih kepada sesi pandang memandang kerana beliau asyik melayari laptopnya.Pernah juga bersembahyang di masjid cenderawasih bersama-sama.Pernah juga bersama-sama mengambil gambar wayang kulit bersama di Batu 8.Pernah juga menaiki kereta bersama-sama(kereta Dr Ali).Pernah juga chatting bersama-sama melalui FB.

Membaca tulisan-tulisan AJ,kadang membuatkan aku ketawa seorang diri terutamanya apabila artikel AJ mengaitkan nama Dr Ali.Dua insan luarbiasa yang aku kenal.Entah di mana silapnya atau dendam lama,AJ sering menyerang Dr Ali dalam kebanyakkan artikelnya.Memang aku sakit perut bila baca.Terbayang wajah 2 insan yang aku kenal ini bila dikaitkan bersama.Masing-masing dikurniakan bakat yang luarbiasa dari Allah Taala.Dan masing-masing dikurniakan sifat rendah diri yang amat luarbiasa.


Mengapa aku menulis tentang AJ?Kerana aku terasa bangga kerana mengenali AJ walaupun tidak seberapa.Rasa bangga kerana aku juga suka pada seni.Rasa bangga kerana aku percaya ramai lagi diluar sana yang ingin mendampingi dan juga mengenali AJ.Mengakulah.

Tuesday, September 21, 2010

Kereta Aku Beli


T
Sebuah jentera mid size luxury crossover,memang memenuhi citarasa aku sepenuhnya.Gabungan 4x4 dengan sport coupe.Memang best!Dari dulu lagi cintakan 4x4 tapi kebanyakkan 4x4 kurang  sporty tapi X6 memang superb bagi aku.Model ini dilancarkan pada tahun 2008 oleh pembuat kereta terkenal Jerman,BMW.X6 dipasarkan sebagai sebuah Sport Activity Coupe(SAC) oleh BMW.Ia gabungan sebuah SUV dengan padanan coupe(styling and dramatic sloping roof).Memang gila best dan cun habis!


Model konsep kereta ini dipamerkan pada 2007 di Francfurt Auto Show dan pengeluarannya secara rasmi menggunakan casis yang sama dengan model konsep(memang mantap).Model ini lebih lebar dan panjang dari X5 http://en.wikipedia.org/wiki/BMW_X5,model sebelumnya dan lebih rendah(lowerd) dari X5,ala-ala kereta sport la.Tempat duduk hanya untuk 4 orang,rugi dari segi kapasiti penumpang tapi tak apa asalkan bergaya dan penuhi citarasa.

Model gambar yang aku post ni versi HAMANN .http://www.hamann-motorsport.de/
Di keluarkan oleh BMW di North American di Selatan Carolina.Harga memang mahal,tapi aku mampu beli.

TAHUN DEPAN AKU BELI!!!


BMW X6 spec
2009 BMW X6 xDrive 3.5i
ManufacturerBMW and Avtotor
Production2008–present
AssemblySpartanburg, South Carolina,United States
KaliningradRussia[1]
ClassMid-size luxury crossover SUV
Body style(s)5-door sedan
LayoutFront engine ; 2 Elektro-Synchronengines / four-wheel drive
Engine(s)3.0 L 306 PS (225 kW) I6 Twin Turbo
4.4 L 407 PS (299 kW) V8 Twin Turbo
3.0 L 235 PS (173 kW) I6 diesel
3.0 L 286 PS (210 kW) I6 diesel Twin Turbo
4.4 M L 558 PS (410 kW) V8 Twin Turbo
Transmission(s)6-speed automatic; 7-speedautomatic; 8-speed automatic
Wheelbase2,933 mm (115.5 in)
Length4,877 mm (192.0 in)
Width1,979 mm (77.9 in)
M/ AH: 1,983 mm (78.1 in)
Height1,696 mm (66.8 in)
M: 1,684 mm (66.3 in)
AH: 1,697 mm (66.8 in)
RelatedBMW X5