Wednesday, September 22, 2010

Abdullah Jones yang saya kenal

Gambar sekadar hiasan


Sejak aku kenal dengan(abang) Abdullah Jones(selepas ini disebut AJ),blog beliau http://abdullahjones.blogspot.com/  merupakan blog wajib yang aku akan klik bila saje aku online.Tertarik dengan pemikiran dan gaya penulisan AJ yang padat berisi dan ada gaya sastera tersendiri.Seronok dibaca,di renungkan isi yang padat dan sinis.Memang AJ unik sungguh,gaya penulisan pun bersahaja tapi menarik.Suka menyentuh isu semasa dan sensitif dengan lembut gaya sastera.

Sebenarnya,bila online aku memang jadi kaku tak tahu nak surf apa kat internet selain FB,so bila tahu tentang AJblogspot  aku jadi ralik membaca tulisan dan artikel serta hasil seni beliau(dulu aku ralik tengok foto2 luarbiasa dari Dr Ali http://www.2121studio.com/ ).Pernah beberapa kali bersua muka dan minum bersama AJ(satu peluang yang sukar diperolehi oleh orang lain yang tidak kenal beliau).Pernah juga bersama-sama menyertai fotocamp di Air Terjun Pelangi Sg Lembing,memang seoarang yang soft spoken.Bagi yang hanya mengenali beliau melalui blog atau alam siber pasti menggangap AJ seorang yang lasak tapi tidak sebenarnya.Beliau seorang penyayang....."......namun dalam kezaliman,saya masih ada kasih sayang"(petikan dari artikel beliau).

Pernah beberapa kali juga bersua muka dengan beliau di markasnya(RajawaliArtStudio),lebih kepada sesi pandang memandang kerana beliau asyik melayari laptopnya.Pernah juga bersembahyang di masjid cenderawasih bersama-sama.Pernah juga bersama-sama mengambil gambar wayang kulit bersama di Batu 8.Pernah juga menaiki kereta bersama-sama(kereta Dr Ali).Pernah juga chatting bersama-sama melalui FB.

Membaca tulisan-tulisan AJ,kadang membuatkan aku ketawa seorang diri terutamanya apabila artikel AJ mengaitkan nama Dr Ali.Dua insan luarbiasa yang aku kenal.Entah di mana silapnya atau dendam lama,AJ sering menyerang Dr Ali dalam kebanyakkan artikelnya.Memang aku sakit perut bila baca.Terbayang wajah 2 insan yang aku kenal ini bila dikaitkan bersama.Masing-masing dikurniakan bakat yang luarbiasa dari Allah Taala.Dan masing-masing dikurniakan sifat rendah diri yang amat luarbiasa.


Mengapa aku menulis tentang AJ?Kerana aku terasa bangga kerana mengenali AJ walaupun tidak seberapa.Rasa bangga kerana aku juga suka pada seni.Rasa bangga kerana aku percaya ramai lagi diluar sana yang ingin mendampingi dan juga mengenali AJ.Mengakulah.

5 comments:

  1. Eleh eksyen dah jumpa AJ. Tak jeles pon. Takde takde takde...hahahahaa

    ReplyDelete
  2. saya kenal hanya pada nama je....dan melalui cerita2 kawan baik beliau (abu yusof)....tapi tak tahu kenapa saya panggil uncle AJ..huhu...uncle abu yang suruh :P

    ReplyDelete
  3. kaira...aku jumpa dia dua kali...hehehe

    ReplyDelete
  4. kamu semua bertuah kerana mengenali AJ walaupun hanya sipi-sipi.

    ReplyDelete