Saturday, July 31, 2010

Kongsi Hobi Fotografi

'damfly' diambil semasa xpedisi bersama grup Luarbiasa
Salah satu hobi yang sangat saya minati adalah fotografi.Bermula dari zaman di universiti memang dah mula minat fotografi n pernah ambik koQ subjek fotografi di UTM Skudai.Alhamdulillah dapat A.Sekarang bila dah berkerjaya dan ada sumber kewangan,dah dapat beli kamera DSLR sendiri.Buat masa ni dah ada 2 model kamera yang sedang digunakan(Canon 1000D dan Canon 50D+ 50mm n 18-55mm lenses+ nissin).Bagi saya hobi ini sangat berfaedah.Banyak manfaat yang boleh kita dapat dari minat berfotografi ni.Ilmu fotografi boleh diakses dari banyak sumber terutamanya dari internet yang tak ada sempadan masa dan jarak so memang sangat mudah bagi mereka yang berkehendak.Apa yang paling penting jangan sombong dalam mencari ilmu,rajin2 bertanya terutama dengan orang-orang lama yang makan garam kamera.hehehe..

Seulas Bicara

Salam alaikum.Salam sejahtera.Hari ini baru saja siap blog saya untuk perkongsian bersama.Dulu-dulu dah ada blog tapi dah lama tak aktif so password pun dah lupa.Bila dah rasa kembali berminat untuk ber"blog",so saya create satu blog untuk berkongsi cerita dan idea.Kadang2 perkongsian idea ni bawa banyak manfaat walaupun adakalanya kita berlainan pendapat.Masalah utama blogger ni yang saya tahu adalah bahan untuk dimuatkan dalam blog.Puncanya adalah terlalu sangat inginkan bahan2 yang 'hebat' untuk dikongsi walhal bagi saya sebagai blogger kita bebas mencoret apa sekalipun yang bermain di minda kerana kita adalah warganegara yang merdeka.Tambahan pula,apa yang dinukilkan di sini adalah pendapat peribadi kita semata-mata,kerana itulah juga lahirnya 'Minda Nassa' sebagai medium luahan hati dan juga buah fikiran saya sepenuhnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.Saya amat yakin dan berpegang kepada prinsip 'Merdeka' yang telah kita capai hampir 5 dekad yang lalu.Jadi,biarlah saya bebaskan minda saya sepenuhnya!!