Monday, August 30, 2010

Lagi-lagi Merdeka




           Lagi-lagi merdeka,aku pun tak tahu apa yang merdeka sangat kita ni.Kalau dulu2 memang best bila dengar perkataan merdeka.Tak sampai beberapa jam lagi,sekali lagi kita sambut ulangtahun merdeka..ulangtahun?ke ulangan?aku pun tak tahu!bila renungkan,aku jadi bosan nak sambut merdeka cara sekarang.Ntahla,mungkin sebab aku dah makin matang dan dewasa,cara sambutan pun berbeza.Tak sama dengan golongan baru,sambut merdeka cara baru.Main mercun,bunga api,bawak motor laju2,kepit awek kehulu-ke hilir,minum air setan,hisap ganja,kokain,syabu,ecstasy n macam2 benda haram.Merdeka cara kini!Sedih dan benci memang ada dalam diri,nak kata diri baik sangat tidak jugak tapi tidak sampai tahap macam sekarang punya budaya!semua jadi halal atas nama merdeka!!Pegi mampus la merdeka macam ni,baik duk bawah ketiak portugis.Baru ingat halal haram,baru nak ingat agama dan baru nak ingat mati!
          Petang tadi masa drive balik kerja dengar celoteh dari DJ radio bincangkan tentang sambutan Merdeka dan Hari Raya,mana lebih best katanya?banyakla pemanggil(mungkin tak ada kerja nak buat) bagi macam2 pandangan.Majoriti kata merdeka lebih penting sebab kalau tak merdeka macam mana nak sambut raya?hahaha...bodoh gila punya pandangan.Lepas ni kita sambut Raya macam kita raikan merdeka jugakla,main bunga api,bawak kereta kebal banyak2,merempit,minum air setan,mabuk,khayal n berzina dengan bebas(merdeka).Semua ini boleh dilakukan dengan aman oleh kerana kita telah pun merdeka.Aku tak salahkan DJ,mungkin maksud dia lain tapi pemanggil-pemanggil dungu gatal mulut bagi pandangan kononnya.Macam Sial!!!Aku pun tidak salahkan Merdeka,cuma cara kita mentafsir merdeka itu yang salah.Kita terima definisi merdeka ikut kitab Yahudi,gini la jadinya!

'Inverse Paranoid' untuk dipraktikkan

Inverse Paranoid,mesti ramai yang tak tahu atau tak pernah dengar langsung tentang perkataan ni.Saja aku nak kongsi dengan sapa yang belum tahu,bagi yang dah tahu x perlu baca(pergi main jauh2!).Kenapa aku berminat nak kongsi tentang inverse paranoid ni?ada sebabnya,kerana memang aku alami sendiri selama aku hidup.Sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut,teruskan membaca.
        Paranoid kalau ditakrifkan seerti dengan kerunsingan atau kegelisahan dengan keadaan sekeliling.Ini bermakna kita memang selalu dalam keadaan tidak tenteram.Sebagai contoh kita tak tenteram dengan suasana tempat kerja,dengan rakan sejawat,dengan majikan,dengan klien2 etc.Kita jadi takut untuk berjaya sebab kita rasa ada ramai orang dengki pada kita.Kita takut nak buat kerja lebih dari orang lain sebab kita takut orang anggap kita kaki bodek.Kita takut nak bagi idea,sebab kita takut orang lain condemned.So kita jadi paranoid nak bagi sumbangan.Bahaya sangat2 kalau jd camni,aku sendiri pun pernah alami.Bila dah jadi macam ni,motivasi kita akan down.Kita mula rasa paranoid nak beri sumbangan kesannya prestasi kerja mula merundum jatuh.Kita akan mengikut cara kebanyakan orang yang selesa dalam zon mereka.Kerja biasa-biasa,cukup bulan ambil gaji.
         Apa yang ingin dikongsi disini adalah bagaimana mahu menangani gejala paranoid yang aku cakap tadi.Student-student pun melalui perkara yang sama.Takut jadi baik sebab risau kawan-kawan kata diri skema,takut nak rajin2 dalam kelas risau orang ejek cakap ulat buku,dan takut nak patuhi disiplin sekolah takut kawan-kawan kata diri barua cikgu!Kalau yang empunya diri cukup kuat tak ada masalah tapi sayangnya banyak yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran maka kesannya teramat la buruk pada potensi diri sendiri.So apa yang cuba aku bawa kita sama-sama renungkan adalah konsep 'inverse paranoid' iaitu kita jadikan kata2 orang tadi sebagai kata2 semangat.Macam mana?Contohnya macam ni,kalau kita rasa orang sekeliling kita kata kita ni kaki bodek,kita ubah mentaliti kita bahawa lebih ramai yang puji kita.Kita anggap bahawa lebih ramai orang sekeliling kita yang perlukan sumbangan kita.Persetankan dengan golongan-golongan awal tadi!Anggap bahawa diri sangat2 diperlukan oleh orang lain,anggap sumbagan kita amat berharga!Secara tidak langsung cara ini akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk memberi sumbangan.Soal kaki bodek atau tidak,itu Allah Taala yang tentukan di hari kemudian.Kita buata apa yang kita rasa betul,tapi dengan syarat mesti berpandukan petunjuk yang lurus.Bagi pelajar2 yang memang ada sikap terpuji dalam diri,teruskan...abaikan kata2 keji dari rakan2,anggap bahawa lebih ramai menghargai kamu contohnya ibubapa,keluarga,guru2 dan masyarakat.Tak ada masyarakat yang menerima keburukan kecuali zaman jahiliah!Ingat tu!
         Mari kita renungkan,aku ambil contoh Siti Nurhaliza penyayi tersohor kita.Sapa yang tidak kenal dia?Dah banyak mana kejayaan diraih?Cukup hebat orangnya,namun bukan semua orang yang menyukai Siti,kalau sejuta yang suka dia mungkin ada 100ribu lagi membenci.Tapi fikirkan kembali,kalau dilayan golongan yang membenci maka Siti tidak akan berada ditahap sekarang!Tanamkanlah dalam minda kita bahawa golongan yang menghargai kejayaan kita lebih besar dari golongan yang mencemburui maka dengan ini minda kita akan lebih positif ke arah kejayaan.Banyak lagi contoh,boleh fikir sendiri,tengok2 disekeliling kamu.Aku nak bagi contoh banyak2 takut tersalah pulak..hahah.
          Ikutan kita yang paling agung adalah Nabi SAW.Kalau kita baca kisah Baginda,memang terlalu banyak dugaan yang Baginda tempuhi.Macam-macam jenis orang yang Baginda hadapi,tapi alhamdullilah kerana amanah dan kasih kepada umat,sampai sekarang Nur Islam masih terang di muka bumi Allah.Baginda lah contoh paling tepat dan ikutan paling cocok untuk kita.Tak pernah ada rasa give up dalam diri Baginda untuk menyampaikan dakwah walaupun dicemuh dan dikeji masyarakat.Rasa-rasanya tidak ada manusia yang menerima dugaan sehebat yang diterima oleh Baginda namun baginda tetap teguh dengan iman membawa agama Allah yang benar iaitu Islam.
         Untuk berjaya,cuba tanamkan konsep 'inverse paranoid dalam diri kita.Insyalah dengan azam dan tawakal,yang buruk akan jadi cantik,yang lemah akan jadi kuat,yang benci akan jadi cinta!Wallahualam


Friday, August 27, 2010

Fadilat Terawikh malam ke 15-20

malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.
malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.
malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

SAMBUTAN HARI GURU SMKLH 2010