Monday, August 30, 2010

'Inverse Paranoid' untuk dipraktikkan

Inverse Paranoid,mesti ramai yang tak tahu atau tak pernah dengar langsung tentang perkataan ni.Saja aku nak kongsi dengan sapa yang belum tahu,bagi yang dah tahu x perlu baca(pergi main jauh2!).Kenapa aku berminat nak kongsi tentang inverse paranoid ni?ada sebabnya,kerana memang aku alami sendiri selama aku hidup.Sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut,teruskan membaca.
        Paranoid kalau ditakrifkan seerti dengan kerunsingan atau kegelisahan dengan keadaan sekeliling.Ini bermakna kita memang selalu dalam keadaan tidak tenteram.Sebagai contoh kita tak tenteram dengan suasana tempat kerja,dengan rakan sejawat,dengan majikan,dengan klien2 etc.Kita jadi takut untuk berjaya sebab kita rasa ada ramai orang dengki pada kita.Kita takut nak buat kerja lebih dari orang lain sebab kita takut orang anggap kita kaki bodek.Kita takut nak bagi idea,sebab kita takut orang lain condemned.So kita jadi paranoid nak bagi sumbangan.Bahaya sangat2 kalau jd camni,aku sendiri pun pernah alami.Bila dah jadi macam ni,motivasi kita akan down.Kita mula rasa paranoid nak beri sumbangan kesannya prestasi kerja mula merundum jatuh.Kita akan mengikut cara kebanyakan orang yang selesa dalam zon mereka.Kerja biasa-biasa,cukup bulan ambil gaji.
         Apa yang ingin dikongsi disini adalah bagaimana mahu menangani gejala paranoid yang aku cakap tadi.Student-student pun melalui perkara yang sama.Takut jadi baik sebab risau kawan-kawan kata diri skema,takut nak rajin2 dalam kelas risau orang ejek cakap ulat buku,dan takut nak patuhi disiplin sekolah takut kawan-kawan kata diri barua cikgu!Kalau yang empunya diri cukup kuat tak ada masalah tapi sayangnya banyak yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran maka kesannya teramat la buruk pada potensi diri sendiri.So apa yang cuba aku bawa kita sama-sama renungkan adalah konsep 'inverse paranoid' iaitu kita jadikan kata2 orang tadi sebagai kata2 semangat.Macam mana?Contohnya macam ni,kalau kita rasa orang sekeliling kita kata kita ni kaki bodek,kita ubah mentaliti kita bahawa lebih ramai yang puji kita.Kita anggap bahawa lebih ramai orang sekeliling kita yang perlukan sumbangan kita.Persetankan dengan golongan-golongan awal tadi!Anggap bahawa diri sangat2 diperlukan oleh orang lain,anggap sumbagan kita amat berharga!Secara tidak langsung cara ini akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk memberi sumbangan.Soal kaki bodek atau tidak,itu Allah Taala yang tentukan di hari kemudian.Kita buata apa yang kita rasa betul,tapi dengan syarat mesti berpandukan petunjuk yang lurus.Bagi pelajar2 yang memang ada sikap terpuji dalam diri,teruskan...abaikan kata2 keji dari rakan2,anggap bahawa lebih ramai menghargai kamu contohnya ibubapa,keluarga,guru2 dan masyarakat.Tak ada masyarakat yang menerima keburukan kecuali zaman jahiliah!Ingat tu!
         Mari kita renungkan,aku ambil contoh Siti Nurhaliza penyayi tersohor kita.Sapa yang tidak kenal dia?Dah banyak mana kejayaan diraih?Cukup hebat orangnya,namun bukan semua orang yang menyukai Siti,kalau sejuta yang suka dia mungkin ada 100ribu lagi membenci.Tapi fikirkan kembali,kalau dilayan golongan yang membenci maka Siti tidak akan berada ditahap sekarang!Tanamkanlah dalam minda kita bahawa golongan yang menghargai kejayaan kita lebih besar dari golongan yang mencemburui maka dengan ini minda kita akan lebih positif ke arah kejayaan.Banyak lagi contoh,boleh fikir sendiri,tengok2 disekeliling kamu.Aku nak bagi contoh banyak2 takut tersalah pulak..hahah.
          Ikutan kita yang paling agung adalah Nabi SAW.Kalau kita baca kisah Baginda,memang terlalu banyak dugaan yang Baginda tempuhi.Macam-macam jenis orang yang Baginda hadapi,tapi alhamdullilah kerana amanah dan kasih kepada umat,sampai sekarang Nur Islam masih terang di muka bumi Allah.Baginda lah contoh paling tepat dan ikutan paling cocok untuk kita.Tak pernah ada rasa give up dalam diri Baginda untuk menyampaikan dakwah walaupun dicemuh dan dikeji masyarakat.Rasa-rasanya tidak ada manusia yang menerima dugaan sehebat yang diterima oleh Baginda namun baginda tetap teguh dengan iman membawa agama Allah yang benar iaitu Islam.
         Untuk berjaya,cuba tanamkan konsep 'inverse paranoid dalam diri kita.Insyalah dengan azam dan tawakal,yang buruk akan jadi cantik,yang lemah akan jadi kuat,yang benci akan jadi cinta!Wallahualam


No comments:

Post a Comment