Monday, August 23, 2010

Sesi Fotografi Potrait bersama Kelab Canon EOS Kuantan

Rasanya dah lama benar x tulis something dalam blog ni oleh kerana kesibukan upload gambar2 program sekolah.Ini pun rasanya banyak lagi stok2 lama foto2 sekolah yang x dapat di upload untuk dikongsi,insyaAllah akan cuba upload juga untuk dikongsi bersama.Tapi malam ni bukan aku nak kongsi tentang program kat sekolah tapi nak berkongsi tentang program fotografi bersama geng2 Canon EOS group Kuantan baru2 ni.Program dikelola oleh Mr eddie Ng,orang kuat kelab Canon EOS Kuantan.Kalau ikutkan 1 program sahaja yang dirancang iaitu pada hari Sabtu 21 hb iaitu diadakan di Teluk Cempedak Kuantan(salah satu destinasi pelancongan wajib di negeri Pahang) namun program disambung sehingga hari Ahad(diadakan di Pelabuahan Kuantan,lokasi yang dikatakan rahsia oleh Mr Eddie).Program selama 2 hari ini lebih kepada sesi fotografi potrait.Model semua diuruskan oleh Mr Eddie,dan berita baiknya MR Eddie memang seorang yang peramah dan cukup frenly.Banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama dengan Mr Eddie.Sedikit gambar2 candid semasa sesi berlansung.


taklimat dari Mr Eddie




foto-foto adalah ehsan dari Mr Hud


Foto-foto lain akan di upload dan dikongsi kemudian.

1 comment: