Tuesday, August 10, 2010

Puasa yang benar

Apabila Allah taala menyebutkan : "Diwajibkan ke atas kamu berpuasa." Ini memberi makna bahawa puasa itu wajib ke atas setiap bahagian anggota tubuh badan individu muslim yang mukallaf. Iaitulah, puasa bagi telinga itu ialah tidak mendengar sebarang perkara yang maksiat.Puasa bagi mata itu pula adalah bermaksud tidak melihat apa sahaja bentuk maksiat dan dosa.Puasa bagi lidah pula, bermaksud tidak menutur sebarang percakapan yang sia-sia dan yang mendatangkan dosa. Begitu jugalah puasa bagi diri itu bermaksud membebaskan diri daripada sebarang kehendak hawa nafsu. Puasa bagi hati pula ialah bermaksud dengan mengeluarkan daripadanya kecintaan terhadap kebendaan-kebendaan duniawi ini. Dan puasa bagi fikiran pula ialah dengan menjauhkan pemikiran dari mengingati selain dari Allah taala.









No comments:

Post a Comment