Friday, October 29, 2010

Kem Bina Sahsiah

Satu kem motivasi pembinaan sahsiah diri anjuran JPN Pahang melibatkan peserta dari SMK Lepar dan SMK Sri Mahkota telah diadakan di Kem Desa Cempaka Sepat.


Peserta seramai 105 orang terdiri dari pelajar Tingkatan 2(lelaki dan perempuan).


Kem ini dikendalikan oleh Kumpulan Motivasi PERASA.




Antara peserta kursus sedang mendengar ceramah.Kem diadakan selama 3 hari 2 malam pada 27 hingga 29 Oktober 2010.


guru pengiring


candid


candid

LDK

LDK




cukupla setakat nih,malas nak sambung panjang2...upload gambar pun slow sangat.Rumusan keseluruhan,insyalah ada pelajar2 yang dapat manfaat dari aktiviti ini walaupun seorang!










Thursday, October 28, 2010

Pesan Nabi SAW(lelaki kacak)


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati. 


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.' 


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' 


 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi 


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.' 


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana



'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' 
May Allah bestow this favour on all of us. _._,_.__

Saturday, October 23, 2010

outdoor session:shidy&syu@temerloh




1 hari di Sg Lembing


Jalan-jalan ke Sg Lembing .Salah satu bandar terawal di Pahang.

Sg Lembing pernah dikenali sebagai El-Derado Timur kerana adanya penempatan Inggeris iaitu di Lembah Sg Kenau.Terkenal kerana sejarah perlombongan bijih timah,pernah diketahui sebagai lombong bijih terbesar di dunia.


Perlombongan bijih dipercayai bermula sejak zaman pra sejarah.Diusahakan oleh PCCL(Pahang Consolidated Company Limited) 1906 hingga 1986.


Satu-satunya pump station yang ada di bandar ini.


Jarak hanya lebih kurang 42km dari bandar Kuantan.Jalan pun agak selesa dan lancar.


Kedai teh mengatasi monopoli kedai kopi.


si comel di sg lembing


UMNO n MCA bagai pinang dibelah dua.


Terus ke muzium sg lembing.


muzium sg lembing


lebih kepada sejarah perlombongan bijih 











sesi berakhir.





















Thursday, October 21, 2010

syukur

Minggu ni semua berjalan lancar.Alhamdulillah syukur pada Allah yang mempermudah segala urusan aku.Nampak gaya macam perjalanan hidup makin baik.Makin dipermudah oleh Allah.Moga Allah mengampun kan segala dosa besar dan kecil.lahir dan batin.Nikmat Allah yang mana kita mahu dustakan???

Thursday, October 7, 2010

wedding foto//shidy&syu

Hujung minggu program ambil foto kawin di sekitar Kuantan dengan member.Hasilnya di edit serba sedikit untuk lebih menarik.


lokasi penggambaran adalah di perkampungan Tanjung Lumpur.Waktu aksi lebih kurang 6 lebih,cuaca alhamdullilah baik dan terang.


Pasangan pengantin adalah Syu dan Syidi,very thanx to them  coz really sporting walau penat.


sesi berakhir pada 7.15 malam.

Selamat Pengantin Baru kepada pasangan,semoga kekal hingga akhir hayat.





Tuesday, October 5, 2010

Pertama kali dalam sejarah


1.10.10 merupakan tarikh lahir ayahanda tercinta,sebelum ni aku sendiri tak tahu tarikh lahir ayah.mungkin sebab bukan budaya kami celebrate hari lahir.Bila mak aku bagi tahu,ayah berniat nak buat sambutan hari lahir,terkesima sekejap aku dibuatnya.mana pernah ada budaya sambut hari jadi dalam keluarga kami,lagi-lagi ayah sendiri yang menyuarakannya,kecuali generasi2 baru maksud aku anak2 buah or cucu-cucu ayah tapi aku try think positif dulu.

Agak-agak masa sesuai,aku cuba dapat maklumat apa niat ayah sebenarnya dari mak.Dari mulut mak,aku mula tahu situasi sebenar dan aku tersenyum...

Alhamdullilah,seperti dijangka,ayah paling sibuk buat persiapan.pagi dah keluar ke pasar dengan mak cari bahan-bahan untuk santapan.Menu dirancang 2 jenis laksa,penang dan laksa kampung(laksa lemak).

Aku planning beli kek,so aku gi tempah awal,ayah tak tahu.Niat aku saje je untuk memeriahkan majlis dan buat ayah tersenyum niatnya.

Majlis bermula dengan sembahyang isyak bejemaah,niat asal nak mula maghrib tapi ada abang-abang yang belum tiba.Selepas selesai isyak,diteruskan dengan solat hajat dan juga majlis tahlil sebagai tanda syukur kerana ayah masih bersama kami sehingga sekarang.

Acara kemuncak tiba dengan acara potong kek,ayah kelihatan malu-malu nak potong kek tapi atas desakan terpaksa potong juga.Cucu-cucu tunggu masa nak melahap kek.Yang lain-lain dah mula cedok laksa.Acara permakanan bermula.

Lebih kurang 2 jam acara berlansgung.Namun satu kenangan yang sangat indah bagi kami sekeluarga.Selamat Hari Lahir Ayahanda tercinta.


Saturday, October 2, 2010

Ronda-ronda//Shoot-shoot Bandar Kuantan

Malam jumaat,aku ajak wife ronda-ronda bandar kuantan.Parking kereta dekat dataran berhampiran masjid negeri.Shoot sekeping.

Tak sampai 10 minit rehat-rehat,aku ajak wife bangun,pergi kat Taman Kerang.Lokasi yang terkenal dengan aktiviti jual beli ubat tradisional dan macam-macam barang pelik di siang hari.

 Kemudian shoot sekeping lagi dari perspektif berbeza,lebih wide untuk lebih jelas mengenali Taman Kerang.


Suasana malam itu tak berapa meriah,tak ramai pengunjung jadi aku bercadang untuk ke destinasi lain,cadangnya nak ke benteng nak makan nasi lemak Simple.

Sebelum masuk kereta sempat ambil sekeping gambar lagi.Antara bangunan terawal di bandar Kuantan,bertentangan dengan Taman Kerang.

satu lagi gambar sebelum naik kereta,masih ada aura kemerdekaan di Kuantan,bagusla...terus bergerak ke benteng.

sampai je...aku menuju ke simple dan nampak pemandangan jeti feri pelancong di limpahi sinar cahaya.Sungguh cantik lalu aku shoot sebagai bukti untuk kongsi.


niat nak makan nasi lemak pun terbantut,wife pun dah beli buah potong(jambu&betik) makan buah lagi best katanya sambil jalan-jalan.Aku ok je.Kemudian...aku bergerak sambil wife duduk sorang-sorang mengunyah jambu,aku shoot view benteng waktu malam.Dua tiga kali klik jugak nak dapat gambar ni + edit.


pusing belakang...rasa nak ambil lagi sekali view jeti pelancong,klik lagi 2 3 kali,dapat gambar ni.Puas ambil gambar,pergi dekat wife dan terjumpa pulak dengan...



budak-budak ni,ex-student.Alhamdullilah,semua masih meneruskan pembelajaran.Ada yang di Form 6 dan ada juga yang belajar di PSDC(Pahang Skill Developement Centre).Borak-borak dan bertanya khabar lebih kurang kami bersurai.Aku balik rumah.