Malam jumaat,aku ajak wife ronda-ronda bandar kuantan.Parking kereta dekat dataran berhampiran masjid negeri.Shoot sekeping.
Tak sampai 10 minit rehat-rehat,aku ajak wife bangun,pergi kat Taman Kerang.Lokasi yang terkenal dengan aktiviti jual beli ubat tradisional dan macam-macam barang pelik di siang hari.
Kemudian shoot sekeping lagi dari perspektif berbeza,lebih wide untuk lebih jelas mengenali Taman Kerang.
Suasana malam itu tak berapa meriah,tak ramai pengunjung jadi aku bercadang untuk ke destinasi lain,cadangnya nak ke benteng nak makan nasi lemak Simple.
Sebelum masuk kereta sempat ambil sekeping gambar lagi.Antara bangunan terawal di bandar Kuantan,bertentangan dengan Taman Kerang.
satu lagi gambar sebelum naik kereta,masih ada aura kemerdekaan di Kuantan,bagusla...terus bergerak ke benteng.
sampai je...aku menuju ke simple dan nampak pemandangan jeti feri pelancong di limpahi sinar cahaya.Sungguh cantik lalu aku shoot sebagai bukti untuk kongsi.
niat nak makan nasi lemak pun terbantut,wife pun dah beli buah potong(jambu&betik) makan buah lagi best katanya sambil jalan-jalan.Aku ok je.Kemudian...aku bergerak sambil wife duduk sorang-sorang mengunyah jambu,aku shoot view benteng waktu malam.Dua tiga kali klik jugak nak dapat gambar ni + edit.
pusing belakang...rasa nak ambil lagi sekali view jeti pelancong,klik lagi 2 3 kali,dapat gambar ni.Puas ambil gambar,pergi dekat wife dan terjumpa pulak dengan...
budak-budak ni,ex-student.Alhamdullilah,semua masih meneruskan pembelajaran.Ada yang di Form 6 dan ada juga yang belajar di PSDC(Pahang Skill Developement Centre).Borak-borak dan bertanya khabar lebih kurang kami bersurai.Aku balik rumah.
hebat.. cikgu nasa memang hebat
ReplyDeletehttp://kedaikuhebat.com
tq pak suib.
ReplyDeleteUstaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.
ReplyDelete