Tuesday, October 5, 2010

Pertama kali dalam sejarah


1.10.10 merupakan tarikh lahir ayahanda tercinta,sebelum ni aku sendiri tak tahu tarikh lahir ayah.mungkin sebab bukan budaya kami celebrate hari lahir.Bila mak aku bagi tahu,ayah berniat nak buat sambutan hari lahir,terkesima sekejap aku dibuatnya.mana pernah ada budaya sambut hari jadi dalam keluarga kami,lagi-lagi ayah sendiri yang menyuarakannya,kecuali generasi2 baru maksud aku anak2 buah or cucu-cucu ayah tapi aku try think positif dulu.

Agak-agak masa sesuai,aku cuba dapat maklumat apa niat ayah sebenarnya dari mak.Dari mulut mak,aku mula tahu situasi sebenar dan aku tersenyum...

Alhamdullilah,seperti dijangka,ayah paling sibuk buat persiapan.pagi dah keluar ke pasar dengan mak cari bahan-bahan untuk santapan.Menu dirancang 2 jenis laksa,penang dan laksa kampung(laksa lemak).

Aku planning beli kek,so aku gi tempah awal,ayah tak tahu.Niat aku saje je untuk memeriahkan majlis dan buat ayah tersenyum niatnya.

Majlis bermula dengan sembahyang isyak bejemaah,niat asal nak mula maghrib tapi ada abang-abang yang belum tiba.Selepas selesai isyak,diteruskan dengan solat hajat dan juga majlis tahlil sebagai tanda syukur kerana ayah masih bersama kami sehingga sekarang.

Acara kemuncak tiba dengan acara potong kek,ayah kelihatan malu-malu nak potong kek tapi atas desakan terpaksa potong juga.Cucu-cucu tunggu masa nak melahap kek.Yang lain-lain dah mula cedok laksa.Acara permakanan bermula.

Lebih kurang 2 jam acara berlansgung.Namun satu kenangan yang sangat indah bagi kami sekeluarga.Selamat Hari Lahir Ayahanda tercinta.


No comments:

Post a Comment