Sunday, August 8, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)


Alhamdulillah,setelah 8 tahun bertugas dianugerahkan APC..APC merupakan satu penghargaan dalam jabatan kerajaan sebagai menghargai  kakitangan yang menunjukkan mutu perkhidmatan yang ditakrifkan sbg cemerlang.Takrif cemerlang sepenuhnya terletak kepada penilaian panel yang bertanggungjawab.Sebagai penerima,berhak menerima wang tunai RM1000 dan sekeping sijil APC yang boleh disimpan sampai mati.Duit memang habis!Penerima-penerima sebelum ini lebih bernasib baik kerana mendapat pergerakan gaji melintang yg mana akan dinikmati sepanjang tempoh berkhidmat.Sepanjang tempoh berkhidmat,pernah dicalonkan untuk menerima APC sebanyak 2 kali ,tapi tersekat ditengah jalan.Penerima APC tidak seindah khabar,bnyk suka duka dilalui.Biasalah,dah jd penyakit tradisi org melayu yang sentiasa mempertikai kebolehan dan sumbangan orang lain.Yang peliknya,si pengkritik masih juga berada di tahap lama,walaupun menabur 'bakti' hampir berdekad lamanya.Renung-renungkan.....apa pun kita jangan fikirkan tentang mulut bisa manusia,memang dah diakui lidah setajam mata pedang,kalau dibiarkan memang akan menghiris tanpa ehsan.Yakin pada diri sendiri,yang penting keihklasan,biar apa orang kata.Jangan biarkan orang lain yang mencorak hala tuju kita.Jangan biarkan kata-kata pedih menjadi sebab untuk kita menafikan kebolehan yang ada dalam diri.Jauhi zon selesa,kerana mereka yang sentiasa berada dalam zon ini akan menyekat kreativiti diri.Mereka yang berjaya adalah mereka yang berjaya mengawal diri sendiri bukannya yang dikawal dari anasir luar.Bila kita selidiki,tiada tokoh yang mencapai kejayaan dgn jalan yang mudah.Majoriti(boleh dikatakan 100%) menghadapi dugaan dan halangan dalam mencapai matlamat.Walaubagaimanpun,matlamat tidak menghalalkan cara,biarla Yang Esa menilai halal atau haram 'cara' kita,itu yang penting.Moga perkhidmatan yang diberi dinobatkan APC dari Sang Pencipta.Itu yang lebih penting.Amin.



No comments:

Post a Comment