Saturday, August 14, 2010

Sesi outing bersama singapore fotografer


Hari sabtu(7.8.2010) yang lepas,dr ali ajak outing bersama-sama dgn fotografer dari singapore.Kebetulan masa tersebut memang tengah free dan dah lama x menembak so terus jadi je bila di ajak.Singaporian ni dtg bertiga,Jiang Jiang(pure Chinese(Tanah Besar),Ng Hock How dan Siew Peng,seorang takde dalam gambar sebab dia yang snap gambar nih.Lebih kurang lepas asar,kita orang berjumpa di masjid negeri Pahang.Dr ali bawa 3 sahabat dari sinagapore untuk shoot view dalam masjid.Aku tengok aje coz nampak macam dah nak abis sesi shooting dalam masjid so malas nak keluarkan 'senjata'.Dr ali beritahu,agenda utama adalah shoot sunset 'matahari terbenam' kat bawah jambatan Tanjung Lumpur(salah  satu lokasi yang sangat terkenal untuk shoot sunset)di Kuantan.Oleh kerana waktu masih awal,dr ali planned bawa dia orang makan keropok lekor...keppok kata dr ali.Kami singgah di warung bersebelahan dengan Petronas Tanjung Lumpur.Malang nasib singaporeian nih sebab kepok tak ada so dr ali tukar menu kepada sata dan otak-otak.Boleh tahan jugak tengok dia orang makan sata n otak2,nampak berselera tapi tak tahula kot nak jaga hati je.hahaha...tapi bila ditanya katanya otak2 banyak kat singapore tapi sata takde.Yang sebenarnya otak2 singapore x sama otak2 tjg lumpur,jauh sangat bezanya.Sesiapa yang pernah makan otak2 johor,gelang patah....macam tulah otak2 singapore pinjam.
Selesai sesi makan,kami bergerak ke lokasi(bawah jambatan tg lumpur) tak sampai seminit dari warung kami makan.Setibanya di lokasi,telah menunggu rodong2 dari Luarbiasa Photografer dekat 20 orang jugak rasanya(mungkin lebih) dengan kelengkapan masing2,ada yang dah pacak tripod pun!memang luarbiasa!Tujuan semua sama je,nak capture moment matahari terbenam yang terbaik,ada antara mereka yang dah datang lokasi ni 10 kali lebih tapi masih lagi x jemu untuk dtg kerana cuba mencari shoot yang paling menawan.Bukan senang untuk dapatkan moment terbaik,kena banyak sabar bila dah jadi fotografer.Aku sendiri x berapa dapat shot yang menarik coz masih lagi belajar dan belajar untuk menguasai 'seni cahaya'.Apa yang menarik adalah bila dah ramai2 macam ni,berlakulah perkongsian ilmu,pertukaran idea dan juga  skill2 yang luarbiasa dari setiap yang ada.Acara selesai x tahu pukul berapa sebab aku terpaksa balik awal,tapi yang pasti keesokan harinya lebih banyak aktiviti yang diatur untuk tetamu dari Kota Singa ini.Insyalah gambar akan di upload nanti.

No comments:

Post a Comment