Monday, August 9, 2010

Ramadhan ke 31


        Alhamdulillah kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut Ramadhan yang mulia iaitu penghulu segala bulan.Bagi diri aku sendiri,tahun ini merupakan kali yang ke 31 diberi peluang bertemu ramadhan.Jarang sekali kita diberi peluang sebanyak ini,namun Allah SWT memang pemurah dan pengasih.Kalau ikutkan,siapa yang nak bg peluang sehingga sebanyak ini??Rutinnya, paling bnyk pun mungkin 2-3 kali saja peluang yang kita dapat untuk perbaiki sesuatu perkara tapi tidak dgn Pencipta kita yang mana dengan limpah kasihnya masih membri peluang sebanyak ini.Namun sebagai hamba,adakah kita hargai kesempatan yang diberi?perlukah kita menunggu sehingga peluang yang ke 100 kali?Adakah kita masih berkesempatan?adakah usia kita mampu bertahan sebagai mana kaum2 sebelum ini yang mencecah ratusan tahun lamanya?
       Buat pertama kalinya dalam hidup aku,seandainya dipanjangkan usia sehingga esok,maka inilah kali pertama berpuasa sebagai seorang suami.Berpuasa bersama isteri tercinta,pasti banyak bezanya ketika hidup berstatus bujang. Kalau dulu,jadual berbuka puasa memang kelam kabut,merata-rata tempat bersama kawan2.Banyak masa dihabiskan bersama kawan2,fadilat ramadhan x pernah diambil peduli!peluang diberi x pernah disyukuri!lalai menikmati kurnia usia yang ada dengan pengisian-pengisian yang berlandaskan kepuasan diri semata-mata!
         Dikesempatan yang ada,marilah kita bersama merubah minda kita,minda yang dahagakan ibadah.Minda yang berfungsi sewajarnya seperti yang dikehendaki Yang Maha Esa.Ingatlah,tidak kita dijadikan selain untuk beribadat kepadaNya.Tidak hanya di bulan ramadhan ini sewajarnya,namun jadikanlah ramadhan kali ini sebagai titik mula kepada anjakan minda ibadah.Pohonlah segala keinginan,mintalah berbillion kemaafan,panjatlah doa setinggi langit dari Yang Kuasa pasti akan tercapai kerana Allah itu Maha Kaya,Maha Pemberi dan juga Maha Pengampun.

renungan
Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga
Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.
 (ref:www.shamatun.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment